

Jan
3
Tiada kata, tiada cerita untuk diungkapkan dalam coretan kali ini.
Kepala rasa semacam kosong dek kerana terlalu banyak perkara mengasak minda.
Masih lagi terasa kesedihan dengan situasi di Gaza barangkali.
Dec
29

SELAMAT MENYAMBUT MA’AL HIJRAH 1430H
Maaf terlewat menyucapkan selamat menyambut tahun baru Islam.Kelewatan dengan pelbagai alasan.
Namun yang pasti,saya tidak pasti apakah nak menyambut tahun baru ini dengan jiwa kegembiraan atau sayu kesedihan.
Tuntasnya, tulisan ini merupakan luahan rasa tangisan tanpa air mata.
Salam shbt2,tlg bg perhatian skejp..Tok guru Nik Aziz, ada bgthu, beliau b’mmp Sehari slps krismas mlysia akn mnerima bala. Jd Tok guru mta bt solat hjt mg2 kta semua slmt…tlg sbrkn. Tq
Mesej pesanan ringkas (SMS) ini saya terima semalam ketika sedang memanjakan diri berehat daripada sebarang urusan mahupun penulisan. Sejam sebelum itu, isteri saya ada menerima mesej pesanan ringkas yang sama dari number yang tak dikenali. Saya telahpun jawab kepada si penanya itu kerana ditulis sebelum ayat makluman bala’ itu.
Dec
23
“Abang, dah lama abang tak update blog, takpe ke” isteriku atau Kak Ar, panggilan glamor adik-adik kepadanya.
Begitulah isteri, apabila suami terlupa dia ingatkan, apabila suami kesedihan dia ubati, apabila suami perlukan nasihat, dia berada di sisi.
Besarnya perananmu isteriku.
SIFAT SOLAT NABI
Dec
23
Begini aku bermula,
Dec
16

“Eh Baba, kereta belum servis lagi ni. Besok dah nak balik” beritahu isteri saya semasa sedang menyiapkan sarapan pagi 5 Disember yang lalu.
“Aduuh, terlupa la. Ok la, nanti baba pergi servis” jawab saya ringkas. Lelaki. Biasa la. Ada mubtada’ khabar,ada subjek dan predikatnya, dapat faham ayat cukup la tu. Orang kata golongan lelaki ni sesetengahnya lebih berat mulutnya untuk berbual berbanding 5 kilo beras.

SELAMAT HARI RAYA QURBAN
Sebentar lagi insyaallah saya akan bertolak pulang ke kampung di Pendang, Kedah untuk merayakan Hari Raya ‘Aidul Adha bersama keluarga.
Bersama dengan kepulangan saya kali ini beberapa buah kitab antaranya
PROSES DAN KEPUTUSAN

1) Mencari jodoh yang baik.
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ ۖ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ ۚ أُولَـٰئِكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ ۖ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-Nuur: 26)

Saya hari ini seharian menemani kakak saya sekeluarga menziarahi rumah saudara mara dan berjalan-jalan sekitar Shah Alam. Sedang berehat setelah pulang, kakak saya melayari satu laman yang menceritakan tentang kisah-kisah artis. (klik)
“2008: Tahun Selebriti Cerai..”Itu tajuknya.
Dec
3

“Eiii, pak Ndak. Takutnya.” Bunyi teriakan anak saudara saya. Boleh tahan juga kuatnya. Tangannya terus menutup wajah…sambil jarinya dijarangkan untuk menonton menandakan masih mahu tengok.
Takut tapi mahu.



