KERJASAMA PAS DAN UMNO: BIAR SEJARAH MENJADI HAKIM

KERJASAMA PAS DAN UMNO: BIAR SEJARAH MENJADI HAKIM

 

“ Jika UMNO dan PAS bekerjasama banyak perkara boleh dilaksanakan termasuk hukum hudud berbanding tindakannya bekerjasama dengan DAP dan PKR yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza. PAS tidak mungkin dapat menubuhkan negara Islam seperti diharapkan kerana tidak mempunyai kuasa dua pertiga di Parlimen kecuali bersatu dengan UMNO yang mempunyai suara majoriti orang Melayu dan Islam.

Tiada sebab Pas tidak menyahut salam UMNO untuk berbaik-baik dan melupakan sejarah hitam menyebabkan kedua-dua parti itu berpecah daripada gabungan dalam Barisan Nasional (BN) pada 1977”

 

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam[1]

 

KENAPA TIDAK BERTAHALUF DENGAN UMNO

 

Gendang PAS perlu bekerjasama dengan UMNO bergema lagi. Bagi golongan pembaca yang bersifat membaca teks, maka mereka berpandangan:

  1. Kekuatan dan kegemilangan orang Melayu hanya boleh dibina kembali menerusi perpaduan (UMNO dan PAS)[2].
  2. Semakin UMNO mula cenderung kepada hudud, PAS pula semakin tidak mempercayai UMNO[3].
  3. PAS tidak mungkin dapat menubuhkan negara Islam seperti yang diharapkan kerana tidak mempunyai kuasa yang cukup dua pertiga di Parlimen jika tidak bersatu dengan UMNO yang mempunyai suara majoriti orang Melayu dan Islam.[4]
  4. Sangat penting bagi menjamin kesepaduan dan masa depan orang Melayu.[5]
  5. Mengapa PAS boleh bersatu dengan DAP yang jelas tidak memperjuangkan akidah yang sama dalam perjuangan parti tetapi UMNO yang memperjuangkan akidah yang sama, PAS tidak mahu bersatu?[6]
  6. Umat Islam kini, termasuk golongan akar umbi, pertengahan, pemimpin malah kumpulan agama telah tersalah menilai dan tidak tahu meletakkan keutamaan dan kepentingan mereka.[7]
  7. Jika Melayu masih berpecah belah, Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, kita (Melayu) mungkin kalah. Kita akan menerima penjajahan terhadap Melayu jika tidak berusaha dari sekarang.[8]

 

Dengan menggunakan bahasa yang lebih mudah semuanya seakan mengatakan:

  1. PAS yang bersalah kerana menolak ajakan untuk bersama meninggikan syiar dan syariat Islam.
  2. PAS menyeleweng kerana mendahulukan politik berbanding ukhuwwah Islamiah.
  3. PAS Khawarij kerana menolak ajak saudara semuslim untuk bersatu.
  4. Kita wajib mentaati UMNO kerana mereka benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan Islam dan Melayu.

 

PAS, UMNO DAN SEJARAH

 

Sewaktu penulis menulis bab berkenaan dengan tahalluf siasi antara PAS dan bukan Islam, penulis dengan sengaja memasukkan elemen sejarah dan isi perjanjian untuk mengetahui konteks sebenar ajakan untuk bekerjasama ini.

 

Apakah maslahah yang diperolehi oleh semua pihak?

 

Dan apakah mafsadahnya?

 

Faktor sejarah sangat penting untuk difahami dan dihadam sebelum sebarang sokongan atau tohmahan dibuat. Sekiranya kita hanya memahami bahasa teks, dan melupakan bahasa konteks (dan memahami sejarah ialah sebahagian daripada konteks), banyak perkara akan keluar daripada maksud yang sebenar.

 

Sebagai contoh, lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan berkenaan status Negara Turki. Sebagaimana dimaklumi umum, Recep Tayyib Erdogan merupakan bekas Ketua Pemuda Parti Millî Selâmet[9] dan seterusnya menyertai Parti Refah[10] (kedua-duanya parti Islam di Turki), namun setelah beliau menjadi Perdana Menteri, beliau mengungkapkan:

 

“The Turkish state is in its core a state of freedoms and secularism,”[11]

 

Nah, bagaimana seseorang yang berlatarbelakangkan parti Islam, namun setelah berada di tampuk kuasa berubah pendirian daripada Islam kepada sekular?

 

Barangkali itulah rungutan golongan tektualist.

 

Ketika inilah faktor sejarah memainkan peranan.

 

Justeru, kerana memahami sejarahlah, beliau[12] mengungkapkan kenyataan tersebut. Hasil pembacaan politik dari pengalaman yang lalu, dipenjara, disekat, diharamkan parti[13] dan banyak lagi mematangkan gaya fikir beliau dalam melontarkan pandangan dalam memimpin Negara Turki.

 

Tidak cukup dengan itu, tokoh dan ikon gerakan Islam yang dikagumi hari ini setelah memenangi pilihanraya Presiden Mesir, Mohamad Moursi daripada Jemaah Ikhwan Muslimin telah mengungkapkan kenyataan yang lebih ‘berbahaya’. Beliau telah dilaporkan berkata:

Promised to respect his country’s historic peace treaty with Israel as he sought to burnish his credentials as a moderate.[14]

 

Ketika PAS dan seluruh gerakan Islam sedunia berjuang bermati-matian memusuhi Israel, tiba-tiba bagaimana pula seorang yang berlatarbelakangkan gerakan Islam telah lupa daratan setelah memegang tampuk kuasa.

 

Begitulah sekali lagi agaknya pandangan orang yang hanya melihat teks (textualist) dan mengabaikan faktor persekitaran, perlembagaan, sejarah dan pembacaan politik setempat dan kesan di peringkat antarabangsa.

 

Secara asasnya semua faktor harus dilihat sebelum membuat keputusan.

 

Penulis juga teringat satu peristiwa apabila Dr Zakir Naik, seorang tokoh perbandingan agama terulung ketika ditanya oleh wartawan antarabangsa berkenaan pandangan agama Islam terhadap Sonia Mirza (seorang Muslim yang bermain tenis bagi Negara India berkenaan) hukum beliau berpakaian sebegitu (tidak menutup aurat). Ini kerana memang diketahui umum, pemain tenis wanita berpakaian seksi dan tidak menutup aurat.

 

Beliau berkata “Kamu pulanglah ke negara kamu, dan tanyalah pandangan paderi-paderi kamu tentang Serena William, apakah hukum dia berpakaian sebegitu. Sedangkan dalam ajaran Kristian melarang berpakaian seksi”

 

Tambah Dr Zakir lagi, soalan itu ditanyakan kepada beliau tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menjauhkan manusia daripada agama Islam.

 

Sedangkan diketahui umum, masyarakat Barat dan wartawan mereka memang tidak pernah berminat dengan agama, tiba-tiba bertanyakan soalan berkenaan hukum dan pandangan agama Islam terhadap aurat wanita muslimah.

 

Bukankah satu kepelikan?

 

Dr Zakir Naik tidak hanya melihat kepada soalan (teks), tetapi beliau melihat kepada tujuan soalan itu ditanyakan (konteks). Penulis mengirakan itulah hikmah yang tidak semua orang memilikinya. [Perkara ini boleh ditonton oleh para pembaca sekalian di laman youtube.com dengan carian nama tokoh-tokoh yang disebut].

 

Begitu juga sejarah PAS dan UMNO. Bukanlah satu tindakan yang bijak apabila sahaja UMNO melontarkan slogan menyeru PAS untuk bersama dengan UMNO agar Islam di Malaysia dapat didaulatkan, maka bendera PAS yang sekarang ini mempunyai dua warna bertukar ke “warna putih” sahaja.

 

…. dan dijulang-julang tanda menyerah.

 

Hasil pengalaman yang lalu, disekat, dianiayai, difitnah, dipenjara dan pelbagai kecaman lain, akhirnya membuatkan PAS setakat ini mengambil keputusan dan ijtihad untuk tidak bekerjasama dengan UMNO.

 

Penulis memasukkan isu untuk ditelitikan oleh semua pembaca agar memahami bahawasanya PAS tidak pernah menolak untuk bersama dengan saudaranya seIslam. Namun, sikap sesetengah pihak cuba mengaitkan PAS dengan Khawarij hanya kerana PAS menolak kerjasama dengan UMNO setelah melalui pengalaman pahit dikhianati, menghalang hak yang sepatutnya diperolehi dan pelbagai lagi amatlah tidak adil dan tidak bertanggungjawab.

 

Apabila penulis meneliti kembali beberapa dokumen lama yang dalam simpanan penulis, penulis berpendapat ulama’-ulama’ dalam PAS hari ini punyai alasan tersendiri untuk menolak kerjasama dengan UMNO.

 

Apatah lagi, bukankah suatu ketika dahulu ulama’ dalam PAS jugalah yang mengusulkan agar bekerjasama dan saling bantu membantu dalam urusan kemaslahatan umat Islam. Bermula dengan menyertai Parti Perikatan adalah tindakan innocent pertama PAS untuk membawa UMNO kepada Islam dan berda’wah dari dalam UMNO, namun beberapa tahun kemudian ditendang daripada parti setelah UMNO mendapat kekuatan.

 

Akibatnya, PAS terpaksa membina semula parti yang terumbang-ambing dan berpecah akibat daripada keputusannya menyertai UMNO dahulu.

 

Tidak cukup dengan itu, Saudara Anwar Ibrahim juga masuk ke dalam UMNO dengan niat yang ikhlas untuk membersihkan UMNO dari anasir jahiliah, namun sejarah telah kembali merakamkan beliau juga ditendang daripada UMNO.

 

Lalu, apakah apabila UMNO kembali membuat seruan untuk bersatu, PAS akan kembali mengulangi kesilapan lampau?

 

Untuk ditendang dan dihina lagi, kemudian terpaksa membina semula parti sebagaimana dahulu.

 

Sungguh tidak bijak tindakan sedemikian.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SEJARAH KERJASAMA PAS DI ZAMAN TUN ABDUL RAZAK

 

Apabila penulis menyelak kembali lembaran-lembaran lama, penulis dapati pimpinan PAS ketika itu amat komited untuk bersatu dengan UMNO agar syiar dan syariat Islam dapat ditegakkan.

 

Berikut dipaparkan kepada pembaca maklumat daripada laporan akhbar dan kertas kerja berkenaan kesungguhan PAS untuk bersama dengan UMNO suatu ketika dahulu.

 

Dalam menukilkan semua maklumat di bawah, penulis tidak akan mengubah sebarang ayat dan frasa bagi mengekalkan keasliannya. Sekiranya ada kesalahan major yang mengubah makna ayat tersebut, penulis akan maklumkannya pada bahagian nota kaki.

 

LAPORAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA

 

Bertarikh 4 September 1972 edisi Isnin, pada hal. 1, Sirajuddin Rafia melaporkan seperti berikut:

 

KUALA LUMPUR 3 September – Satu rundingan tidak rasmi mengenai pembentukan kerajaan campuran di antara PAS dan Perikatan mungkin akan diadakan di Switzerland pada penghujung bulan ini.

 

Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang akan berada di Switzerland pada masa itu dijangka akan mewakili Perikatan dalam rundingan tersebut.

 

Manakala pihak PAS pula akan diwakili oleh setiausaha agungnya, Senator Abu Bakar Hamzah yang juga akan berada di sana pada masa yang sama.

 

Bagaimanapun Yang Dipertua Agung PAS, Datuk Mohd Asri yang juga berada di luar negeri pada masa itu tidak mungkin akan menyertai rundingan tersebut.

 

Punca-punca yang layak dipercayai berkata hari ini bahawa rundingan tersebut bagaimanapun hanya merupakan satu perbincangan tidak rasmi sahaja.

 

Ianya semata-mata bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi mengetahui dengan lebih dekat lagi tentang kehendak-kehendak satu sama lain.

 

Rundingan itu juga adalah sebagai langkah permulaan dan persediaan bagi mengadakan satu rundingan rasmi di Kuala Lumpur sekembalinya mereka ke tanahair nanti.

 

“Hanya rundingan itulah yang akan menghasilkan keputusan-keputusan muktamad mengenai pembentukan kerajaan campuran.”

 

 

 

Pada tahun berikutnya bertarikh 3 Januari 1973 sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Utusan Malayu menyebut seperti berikut:

 

GHAFAR DAN BAKAR HAMZAH AKAN BERBINCANG SETIAP MINGGU

 

Kuala Lumpur 2 Januari-Menteri Pembangunan Negeri dan Luar Negeri Encik Ghafar Baba akan mengadakan perbincangan tiap-tiap minggu dengan Setiausaha Parlimannya Senator Abu Bakar Hamzah dan Setiausaha Politiknya Encik Saadon Noh untuk menyelaraskan kerja-kerja kementeriannya.

 

Encik Ghafar menyatakan demikian ketika menerima Senator Abu Bakar Hamzah yang telah memulakan tugasnya hari ini.

 

Kata Encik Ghafar: “Saya kenal lama Senator Abu Bakar, walaupun kami dalam parti yang berlainan, tetapi mempunyai cita-cita yang sama untuk negara”.

 

Bakar Hamzah Berdikari

 

Tugas Senator Abu Bakar sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Negeri dan Luar Negeri tidak terbatas terutama menumpukan perhatian yang lebih berat untuk melaksanakan dasar ekonomi baru.

 

Tugas-tugasnya itu termasuk membawa lebih ramai bumiputra berkecimpung dalam bidang perdagangan dan perusahaan, mengaitkan kelas kemajuan masyarakat supaya lebih banyak latihan kerja dijalankan, memupuk semangat gotong-royong, berdikari dan rancangan kecil di luar bandar.

 

“Dalam tugas-tugas yang berat itu, Senator Abu Bakar akan menolong saya terutama dari segi agama supaya semua rancangan pembangunan kementerian berjalan lancar”, tegasnya.

 

 


 

KERTAS KERJA[15]

 

Kertas kerja yang dibentangkan oleh Senator Abu Bakar Hamzah di Kuala Lumpur pada hari Rabu 20 Disember 1972.

 

PENJELASAN TERHADAP BEBERAPA PERTANYAAN TENTANG “KERAJAAN CAMPURAN”

 

PERBEZAAN POKOK

 

Ada beberapa takrif di dalam berbagai buku ilmu “Political Science” berkenaan apa dia yang dikatakan “Kerajaan Campuran” (Coalition Government). Apa yang patut difahami ialah perbezaan pokok di antara tiga istilah yang seakan-akan serupa tetapi berlainan hakikat, iaitu:-

1)      Campuran (Coalition)

2)      Percantuman (Merger), dan

3)      Perikatan (Alliance).

 

Ketiga-tiga istilah tersebut menunjukan tiga hakikat yang berlainan, oleh itu hendaklah tidaklah ada percubaan yang tidak sihat untuk mencampur-adukkan tiga hakikat yang berlainan itu.

 

TAKRIF “KERAJAAN CAMPURAN”

 

Dalam membentuk satu-satu takrif, biasanya ada dua cara:-

a)      Memakai mana-mana takrif yang sedia ada, kemudian kita bawakan sesuatu masalah lalau[16] mempersuaikannya dengan takrif tersebut; dan

b)      Menentukan syarat-masyrut dan butir-butir asas kandungan satu-satu masalah, kemudian baharulah dibentuk satu takrif.

 

Saya sendiri memilih cara yang kedua kerana hal ini adalah benar-benar menggambarkan perkara-perkara yang benar berlaku hasil daripada perundingan di antara kita (PAS) dan mereka (PERIKATAN).

 

Berdasarkan syarat-masyrut yang dipersetujui bersama sebagai “persetujuan awal” maka takrif “Kerajaan Campuran Perikatan dengan PAS” bolehlah disebut seperti berikut:-

Kerajaan Campuran Perikatan-PAS ialah sebuah Kerajaan yang dibentuk bersama oleh pihak Perikatan dengan pihak PAS, dengan tidak terpaksa, di atas suatu persamaan-cara yang tertentu, disuatu tempat yang tertentu bagi suatu jangka-masa yang tertentu, dengan syarat-masyrut yang tertentu, dalam mana masing-masing partai yang berkenaan tetap diakui memiliki kedaulatan dan keperibadiannya sebagai sebuah partai politik yang halal dan bebas serta bersendirian.”

 

 

 

Huraian Kepada Takrif

 

Takrif tadi, jika dihuraikan satu persatu, maka ianya bolehlah dibahagikan menjadi seperti berikut:-

 

1)      “Kerajaan Campuran”

dari segi undang-undang, ianya bukan “Kerajaan PAS” bukan “Kerajaan Perikatan”, tetapi ianya akan dinamakan mengikut tempat, misalnya:-

a)      Kerajaan Kelantan;

b)      Kerajaan Terengganu;

c)      Kerajaan Kedah;

d)     Kerajaan Malaysia

e)      Kerajaan Pusat; dan

f)       Kerajaan Negeri.

Perkataan “Kerajaan Pusat” (Central Government” dan perkataan “Kerajaan Negeri” (State Government) adalah diguna untuk membezakan hak dan kuasa tiap-tiap satu peringkat di antara peringkat “Persekutuan” (Federal” dengan peringkat di antara peringkat “Negeri” (State).

 

2)      “dibentuk bersama”

Ertinya, walaupun PAS tidak menang di dalam pilihanraya sekira-kira cukup untuk membentuk Kerajaan, namun PAS diakui dan diberi hak untuk turut berkuasa di dalam Kerajaan atau Kerajaan-kerajaan yang berkenaan.

 

3)      “dengan tidak terpaksa”

Ini bererti bahawa Perikatan bukanlah tidak boleh memerintah tanpa mengajak PAS turut serta, dan begitu pulalah PAS-iaitu ianya bukanlah dipaksa atau terpaksa-PAS memilih dengan bebas dan waras bagi maslahat Umat Islam amnya dan untuk PAS khasnya.

 

4)      “Persamaan cara tertentu”

-          Ini adalah menurut Undang-undang Tubuh PAS sendiri berdasarkan Kitab Allah dan Sunnah Rasul. Sila lihat Fasal 3(5) dalam Undang-undang Tubuh PAS, 1963 dan juga menurut fasal 2(3) ceraian (6) dalam Undang-undang Tubuh PAS yang bau, 1971-72. Persamaan-cara seerti ini ada tersebut di dalam Kitab Al-Quraan yang berbunyi:-

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا

Surah Aali-Imran: 64

 

5)      “disuatu tempat yang tertentu”

-ertinya termasuklah di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, di peringkat Pusat atau di mana-mana negeri yang dipersetujui bersama.

 

 

 

 

6)      “jangka masa yang tertentu”

Ertinya tidaklah meliwati tempoh yang termaktub di dalam perlembagaan negara menurut kemungkinan-kemungkinan dari apa yang sah dari segi undang-undang, misalnya hinggalah kepada akhir tahun 1975.

 

7)      “syarat-masyrut”

Oleh kerana ‘campuran’ ini di lakukan bukan dengan terpaksa maka tentulah mesti ada syarat-syarat yang tertentu, dan ibu segala syarat yang kita berpegang ialah bahawa apa juga perkara berlaku janganlah sampai mengorbankan dasar PAS. Maka silalah lihat syarat-syarat yang dibentangkan kepada para perwakilan kongres pada 21hb. Ogos, 1972 besok. Walau bagaimanapun, dari segi prinsip dan konsep perjuangan, syarat-masyrut yang terbesar ialah:-

a)      PAS tetap PAS;

b)      Mesti ada pengakuan mahu menjalankan Islam walau dengan apa kadar dan cara sekali pun menurut perlembagaan negara;

c)      Pihak PAS bebas menentang apa-apa jua yang berlawanan dengan ajaran dan hukum Islam;

d)     PAS berhak menarik diri pada bila-bila masa pun; dan

e)      PAS sudah tentu akan mengemukakan struktur dan sistem-sistem Islam ke dalam pemerintahan.

f)       “kedaulatan dan keperibadian”

-              Ini adalah untuk menerangkan bahawa PAS bukanlah bukanlah menjadi sebagaian daripada PERIKATAN; ini bererti PAS bukanlah seperti UMNO iaitu UMNO adalah suatu UNIT di dalam partai PERIKATAN (Alliance). Kalaulah sudah difahami perbezaan pokok di antara tiga istilah –“Coalition,” ”Merger” dan “Alliance” maka sudah tentu tidaklah timbul apa-apa pun keraguan, kesamaran, kemusykilan dan sangkaan.

 

KERAJAAN CAMPURAN DARI SEGI HUKUM SYARA’ ISLAM

 

Sebelum kita tempuh segi Hukum Syara’, ada baiknya kita mengingati semula apa dia keputusan kongres PAS yang ke Lapan Belas (Kongres: 18) yang berlangsung pada 28 dan 29hb. July, 1972. Keputusan Kongres itu berbunyi:-

…..bersetuju member mandat kepada Jawatankuasa Agung mengadakan perundingan mengenai penubuhan kerajaan campuran disemua pringkat dengan syarat tidak mengorbankan prinsip-prinsip PAS, dan mengemukakan hasil perundingan itu kepada satu mesyuarat agung.

 

Keputusan dan hukum syara’

 

Para perwakilan kongres-18 telah memberi izin dan kuasa untuk berunding berkenaan perkara “Campuran” (Coalition). Kalaulah kerajaan campuran seperti itu adalah ‘haram’ pada sisi Hukum Syara’ maka tentulah ‘haram’ pula kita memberi izin untuk berunding dengan niat hendak menubuhkan perkara yang haram itu.

 

Kaedah usul Fiqah berkata

ما حرم فعله حرم طلبه

Ertinya: ‘Apa yang diharamkan membuatnya adalah diharamkan memintanya’.

 

Dan juga:

ما حرم أخذه حرم إعطاؤه

Ertinya: ‘Apa yang diharamkan mengambilnya adalah juga diharamkan memberinya’

 

Para perwakilan Kongres PAS ke 18 itu telah faham dan sedar apa yang telah mereka sendiri lakukan kerena mereka adalah ‘aqil baligh’, faham dan menjadi para ‘Ahli Syura’.

 

أهل الشورى di dalam Kongres tersebut, dan mereka adalah bertanggungjawab penuh dengan segala keikhlasan.

 

Tegasnya, saya yakin bahawa para perwakilan Kongres PAS ke 18 bulan Julai 1972 itu tentulah percaya bahawa masalah Kerajaan Campuran yang di hadapan kita ini HARUS Jaiz جائز dan Mubah مباح pada sisi Hukum Syara’; cuma bukanlah pada tiap-tiap perkara yang harus itu mesti dibuat dan itulah sebabnya maka Kongres PAS itu telah memberi dua syarat terbesar:-

1)      Tidak mengorbankan prinsip PAS; dan

2)      Mengemukakan hasil perundingan kepada Kongres.

 

Saya menegaskan bahawa kalau perkataan itu HARAM maka perundingan pun tentulah dilarang dan hasil perundingan kelak tentulah juga HARAM kerana sesuatu yang terbit dari satu hakikat yang haram biasanya adalah haram.

 

PENDAPAT PARA ULAMA’

 

Di dalam sidang Kongres PAS ke 18 pada bulan Julai 1972 dahulu memang ada perwakilan Dewan Ulama’ PAS berkata: “jika perkara campuran ini haram pada asalnya lagi حرام أصلا maka tentulah saya tidak berdiam diri.”

 

Setakat yang saya faham-والله أعلم بالصواب- Tahun[17] jualah yang Maha mengetahui apa yang sebenar-benarnya) bahawa kalau tidak ada dalil Nas- daripada Kitab Allah danSunnah Rasul maka hendaklah kita berpegang kepada Usul Fiqh dan di antaranya ada yang berkata:

“Asal hukum mengenai segala perkara itu adalah HARUS sehinggalah ada dalil yang menunjukkan pengharaman”.

 

الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم

Ertinya: Semua perkara, pada asalnya, adalah HARUS sehinggalah ada dalil yang menunjukkan PENGHARAMAN.

 

-          Kaedah ini memandu kita supaya tidak berdasarkan (sentiment), tuduhan tak berasas, terutama perbandingan-perbandingan yang tidak lojik dan tidak diterima oleh ilmu Usul Fiqh. Hal ini amatlah mustahak kerana dari perkara-perkara seperti itulah selalunya timbul prasangka, ketelanjuran dan tindak tanduk yang tidak dikehendaki di dalam perjuangan.

 

MASALAH KERAJAAN CAMPURAN ADALAH HARUS PADA HUKUM SYARA’

 

Apabila tidak ada nas-nas qat’ie قطعي yang menghukumkan haram dan di samping itu terdapat pula nas-nas Quraan yang menggambarkan pengharusan bagi saya adalah terang, tegas dan nyata bahawa masalah ini harus dan terpulanglah kepada umat Islam (PAS) samaada hendak menerima atau menolak. Saya sendiri menerima dengan penuh kesedaran dan pengertian-saya tidak dipengaruhi oleh sesiapa, dan tidak terpengaruh dengan sebarang apa. Apa yang ada pada diri saya dan kalbu saya adalah untuk Masalah[18] Umum مصلحة عامة bagi umat Islam di negeri ini.

 

 

NAS-NAS YANG MEMBERI PERINGATAN

 

Saya juga bertemu dengan beberapa nas yang memberi panduan dan ingatan kepada umat Islam supaya mereka jangan terpedaya dan tertipu, dan terlanjur-tetapi nas-nas tersebut adalah ظني belaka yang dipakai kepada waqi’ah-waqi’ah[19] واقعة atau perkara yang boleh dijadikan ‘Asas Perbandingan’ أساس القياس  terhadap perkara-perkara baharu yang tidak ada nas khusus baginya.

 

NAS-NAS YANG MENGGAMBARKAN PENGHARUSAN

 

Di antara dalil-dalil [nas-nas نص yang menggambarkan “pengharusan” Jawaz-جواز masalah ini ialah firman-firman Tuhan seperti berikut:-

1)      Kerana menjalankan dakwah Islam

a)      ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Ertinya:

Serulah ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana dan nasihat yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih Mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah yang lebih Mengetahui akan orang-orang yang terpimpin.[20]              

 

b)      وَإِنْ أَحَدٌ مِّنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّى يَسْمَعَ كَلامَ اللَّهِ ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لاَّ يَعْلَمُونَ

Ertinya:

Dan jika salah seorang dari mushrikin meminta keamanan padamu maka berilah kemanan kepadanya supaya ia mendengar perkataan Allah, kemudian sampaikanlah dia ke tempat yang keamanannya. Yang demikian ialah kerana mereka itu adalah kaum yang tidak tahu.

(at-Taubah:6)

ما كان رَبُّكَ مُهْلِكَ الْقُرَى حَتَّى يَبْعَثَ فِي أُمِّهَا رَسُولا يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا وَمَا كُنَّا مُهْلِكِي الْقُرَى إِلاَّ وَأَهْلُهَا ظَالِمُونَ

Ertinya:

Dan tidaklah Tuhanmu membinasakan negeri-negeri hingga dia[21] utus di ibukotanya seorang Rasul yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Kami; dan tidaklah Kami membinasakan  negeri-negeri kecuali ahli-ahlinya orang-orang yang zalim.                                                                                                                                                                                                    (al-Qasas: 59)

 

2)      Persamaan-cara menuju ke Tuhanan

a)      قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاء بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلاَّ نَعْبُدَ إِلاَّ اللَّهَ وَلاَ نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلاَ يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّهِ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُواْ اشْهَدُواْ بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

Ertinya:

Katakanlah “Hai Ahli Kitab, marilah kepada kalimah yang adil antara kami dan kamu, iaitu janganlah kita menyembah melainkan Allah dan janganlah kita menyekutukan sesuatu dengan Dia, dan janganlah sebahagian dari kita menjadikan sebahagian sebagai tuhan-tuhan selain dari Allah”. Jika mereka berpaling belakang, hendaklah kamu berkata “Saksikanlah bahawa sesungguhnya kami orang-orang Islam”           

                                                                                                       (Ali-‘Imran: 64)

b)      وَلَوْلا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ

Ertinya:

…dan sekiranya Allah tidak melindungi manusia sebahagian dari mereka menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa.

(3)         Kerana Tidak Menghukum Perkara-perkara di Dalam Dada yang Terserah Kepada Allah Rabbul-Alamin

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا ضَرَ‌بْتُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ فَتَبَيَّنُوا وَلَا تَقُولُوا لِمَنْ أَلْقَىٰ إِلَيْكُمُ السَّلَامَ لَسْتَ مُؤْمِنًا

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi pada jalan Allah, maka hendaklah kamu yakinkan dan janganlah kamu berkata kepada orang yang memberi salam kepada kamu “Engkau bukan orang yang Mukmin”…

(Surah an-Nisa’: 94)

(b)

مَّنِ اهْتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ ۖ وَمَن ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا ۚ وَلَا تَزِرُ‌ وَازِرَ‌ةٌ وِزْرَ‌ أُخْرَ‌ىٰ ۗ وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّىٰ نَبْعَثَ رَ‌سُولًا

Barang siapa dapat pertunjuk maka sesungguhnya hanya ia dapat pertunjuk untuk dirinya dan barang siapa sesat maka sesungguhnya ia sesat bagi dirinya kerana tidaklah ditanggung oleh seorang penanggung akan tanggungan orang lain, dan tidaklah kami mengazab sehingga kami utuskan seorang Rasul. [22]

(Surah Aali Imran: 15)

 

(4)        Kerana Menolak Keburukan

(a)

لَّا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِ‌ينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّـهِ فِي شَيْءٍ

 إِلَّا أَن تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً ۗ وَيُحَذِّرُ‌كُمُ اللَّـهُ نَفْسَهُ ۗ وَإِلَى اللَّـهِ الْمَصِيرُ

Ertinya: (Janganlah Mu’minin  mengambil Kafirin sebagai sahabat-sahabat lebih daripada mukminin dan barang siapa berbuat begitu maka tidaklah ia- mendapat penjagaan-daripada Allah di sesuatu apapun; tetapi hendaklah kamu menjaga diri dari mereka dengan suatu penjagaan dan Allah mengancam kamu-dengan siksaan- darinya sendiri, dan kepada Allah jualah tempat kembali (kamu).

(Surah Aali-‘Imran: 28)

(b)

(Hai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadanya, dan hendaklah kamu berjuang bersungguh-sungguh pada jalanNya supaya kamu dapat kejayaan.)

                                             (Surah Al-Maidah: 35)

 

(5) Membuktikan Kebaikan Dasar KEAMANAN DALAM ISLAM

(a)

Ertinya: (Dan jika mereka condong kepada pendamaian maka hendaklah engkau juga condong kepadanya, dan bertawakkallah kepada Allah kerana sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Mengetahui)

(Surah Al-Anfal: 61)

(b)

Ertinya: Orang-orang yang tidak memerangi kamu dalam urusan agama dan tidak mengusir kamu keluar dari kampong-kampung kamu, Allah tidaklah melarang kamu berbuat kebaikan kepada mereka dan berlaku adil kepada mereka kerana sesungguhnya Allah sayang kepada orang-orang yang berlaku adil.                                             

(Surah al-Mumtahanah: 8)

 

(6) Membuktikan Dasar-Dasar Perjanjian di Dalam Islam

(a)

Ertinya: Dan jika mereka meminta tolong kepadamu dalam urusan agama maka wajiblah kamu menolong mereka melainkan terhadap kamu yang antara kamu dan mereka ada perjanjian, kerana Allah maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan.

(Surah Al-Anfal: 72)

(b)

Ertinya: …Kecuali orang-orang yang sampai kepada mereka satu kaum yang antara kamu dan mereka itu ada perjanjian…

 (Surah An-Nisaa: 90)

 

(7) Kerana Berusaha Menuju Ke Arah Islam Dengan Tidak PUTUS ASA

(a)

 Ertinya: (Mudah-mudahan Allah jadikan perasaan kasih-sayang antara kamu dan orang-orang yang kamu bermusuhi dari mereka itu, kerana Allah itu amat Berkuasa dan Allah itu maha Pengampun lagi Penyayang.)

(Surah al-Mumtahanah: 7)

KAEDAH-KAEDAH USUL FIQH YANG DIJADIKAN PANDUAN DAN INGATAN

 

Di antara kaedah-kaedah Usul Fiqh yang dijadikan panduan dan ingatan untuk berjaga-jaga ialah:-

  1. الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم

Ertinya: Asal hukum dalam semua perkara ialah HARUS sehingga ada dalil yang menunjukkan PERNGHARAMAN.

  1. البينة على المدعي واليمين على من أنكر

Ertinya: Keterangan di atas orang yang mendakwa, dan sumpah oleh orang-orang yang menafikan.

  1. المتعدى أفضل من القاصر

Ertinya: yang positif lebih baik dari yang negatif.

  1. يختار أهون الشرين

Ertinya: Dipilih yang mana lebih ringan dari antara dua keburukan

  1. الضرر يدفع بقدر الإمكان

Ertinya: Bahaya itu ditolak sedaya terdapat

  1. الضرورات تقدر بقدرها

Ertinya:  Kecemasan itu dinilai mengikut kadarnya.

  1. لا ينكر تغير الأحكام بتغير الأزمان

Ertinya: Tidaklah dibantah perubahan hukum dengan adanya perubahan zaman.

  1. لا عبرة للتوهم

Ertinya: Tidak ada panduan dipegang dalam syak dan waham.

  1. النعمة بقدر النقمة والنقمة بقدر النعمة

Ertinya: Nikmat sekadar bencana, dan bencana, sekadar nikmat.

  1. لا حجة مع الإحتمال الناشيء على الدليل

Ertinya: Tidak perlu hujjah di samping kemungkinan yang timbul dengan dalil.

  1. اليقين لا يزول بالشك

Ertinya: Keyakinan tidak terhapus dengan syak sangkaan.

  1. التصرف على الرعية منوط بالمصلحة

Ertinya: Mengurus terhadap orang ramai hendaklah berkisar di atas kepentingan (mereka)

  1. العبرة في العقود للمقتصد والمعاني لا للألفاظ والمباني

Ertinya: Kesimpulan yang dipegang dalam perjanjian ialah untuk tujuan dan erti tetapi bukan untuk sebutan dan bentuk kata.

  1. ما ثبت على خلاف القياس فغيره عليه لا يقاس

Ertinya: sesuatu yang tegak di atas dasar menyalahi perbandingan maka tidak dibuat perbandingan sesuatu di atasnya.

  1. الإجتهاد لا ينقض بمثله

Ertinya: Ijtihad tidaklah dibatalkan dengan Ijtihad juga.

Kaedah الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم

  1. Saya sendiri telah turut berusaha sekadar daya upaya saya –والله أعلم بالصواب- tetapi belum bertemu dengan نص yang mengharamkan, samaada nas-nas قطعي mahupun nas-nas ظني  dan oleh kerana para Ulamak PAS belum memberikan kata pemutus HARAM maka saya kembali berpegang dengan kaedah tadi الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم dan dengan demikian maka masalah ‘kerajaan campuran’ PERIKATAN-PAS di Malaysia Barat pada masa ini adalah harus dan memandang kepada Masalih Mursalah مصالح مرسلة  maka ia sewajarnya di terima dengan baik.

 


KERAJAAN CAMPURAN PERIKATAN-PAS DI MALAYSIA ADALAH HARUS جائز PADA HUKUM SYARA’ UGAMA ISLAM

 

Setelah mengkaji sehalus-halusnya sekadar yang terdaya akan nas-nas Quraan, nas-nas Sunnah Rasul dan aqwal Fuqaha أقوال الفقهاء, di antaranya dari:

  1. kitab Tafsir Ibn kathir  ابن كثير
  2. kitab Al-Umm  الأم
  3. kitab Siasah Syari’ah oleh Ibn Taimiah  ابن تيمية
  4. Kitab Turuq Hukmiah  الطرق الحكمية  oleh Ibn Qayyim  ابن القيم
  5. Kitab Ashbah Wan-Nadza-ir الأشباه والنظائر oleh Imam Sayuti سيوطي
  6. Dan kitab Tafsir Fi Dzilal el-Quran  في ظلال القرآن oleh Syed Qutb سيد قطب

 

Maka saya menegaskan والله أعلم بالصواب pendapat saya:-

  1. Memandang betapa perlunya Umat Islam di negeri ini bangun berjuang di dalam politik untuk mendapat kekuasaan;
  2. Memikirkan kesanggupan Umat Islam yang belum menjadi pihak berkuasa (As-hab el-Syaukah أصحاب الشوكة maka mereka memilih perjuangan cara perlembagaan menurut undang-undang negeri;
  3. Oleh kerana PAS sendiri menerima pilihanraya ala Barat yang dianjurkan oleh Kerajaan أصحاب الشوكة ;
  4. Oleh kerana PAS taat setia dan menghurmati Perlembagaan Negara dengan mematuhi perintah “Pengharaman kalimat Allah-Mohamad” الله محمد dan ‘Bulan Bintang’ partainya;
  5. Oleh kerana ahli-ahli PAS yang berjaya di dalam pilihanraya juga turut mengangkat sumpah di dalam Majlis-majlis Undangan, menurut undang-undang negeri;
  6. Oleh kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang ugama rasminya ialah Islam-walau  apa jua pun tafsirannya;
  7. Memandang bahawa perjuangan politik secara Ideologi Islam di negeri ini adalah HALAL pada sisi Undang-undang Negeri dan ianya WAJIB pada sisi Syari’at Islam;
  8. Oleh kerana Kepala Negara bagi Malaysia mestilah dipilih dari antara Raja-raja Melayu semuanya MUSLIM belaka;
  9. Oleh kerana Raja-raja Melayu adalah As-hab el-Syaukah أصحاب الشوكة, bagi urusan-urusan ugama dan Majlis Undang tidak berhak masuk campuran secara langsung ke dalam urusan-urusan tersebut;
  1. Oleh kerana Kepala Negara adalah kuasa melantik Hakim-hakim, Juri-juri dan Suruhanjaya-suruhanjaya bebas;
  2. Oleh kerana Kepala Negara adalah kuasa tertinggi di dalam masa keadaan dharurat;
  3. Oleh kerana Kepala Negara adalahadalah Ketua segala Angkatan Tentera bagi negeri ini;
  4. Oleh kerana ada bukti-bukti sejarah dan ilmiah bahawa Undang-undang asa bagi negeri ini ialah Undangan Islam dan Malaysia boleh isytiharkan sebaagi sebuh “Negara Islam” walaupun kesemua hukum Islam berjalan pada masa ini;
  5. Oleh ekrana Kongres PAS ke-18 pada Julai, 1972 telah member izin dan mandat untuk berunding mengenai penubuhan Kerajaan Campuran di semua peringkat;
  6. Oleh kerana Jawatankuasa Perunding PAS dan juga Jawatankuasa Agung PAS berpuas hati bahawa syarat-masyrut dalam masalah ini dapat membawa Masalih Mursalah مصالح مرسلة  kepada umat Islam di negeri ini;
  7. Oleh kerana PAS diakui haknya untuk memperjuangkan konsep Ideologi Islam di dalam Kerajaan Campuran itu dari semasa ke semasa;
  8. Oleh kerana PAS diberi “Kementerian” yang dikira boleh disalurkan konsep Islam melaluinya;
  9. Oleh kerana PAS tetap diakui sebaagi sebuah partai yang merdeka, dan bersendirian, dan bukan “juzuk”  جزءatau “unit” di dalam partai yang berkuasa أصحاب الشوكة ;
  10. Oleh kerana PAS dijamin haknya untuk menentang sebarang apa jua undang-undang atau cadangan yang berlawanan dengan Islam;
  11. Oleh kerana tidak ada nas qat’ie  atau dzanni diallah  yang cuup kuat dengan sepenuhnya mengharamkan;
  12. Oleh kerana pucuk pimpinan dan Jawatankuasa Agung PAS yakin dan percaya bahawa masalah ini dapat dijadikan wasilah   untuk menolak bahaya, dan untuk membawa faedah  bagi Umat Islam ini;
  13. Menimbang dan memikir serta memperhitung kesanggupan PAS dan suasana politik yang mengelilingi Umat Islam di negeri ini sekarang;

 

Maka saya, selaku SETIAUSAHA AGUNG PAS, berpendapat dan yakin untuk menegaskan bahawa masalah “Kerajaan Campuran” yang di hadapan kita sekarang ialah HARUS pada Hukum Syara’ dan ianya sudah sewajarnya diterima Oleh para perwakilan Kongres Khas pada 21hb Disember 1972 ini.

اللهم أرنا الحق حقاً وارزقنا إتباعه وأرنا الباطل باطلاً وارزقنا اجتنابه إنك علام الغيوب نعم المولى ونعم النصير.

Ertinya: Ya Tuhanku, tunjukkanlah kepada kami akan kebenaran dan berikanlah kami rezeki menurutnya, dan tunjukkanlah jua kepalsuan itu tetap kepalsuan, dan berikanlah rezki kepada kami untuk menjauhinya; sesungguhnya Engkau adalah Maha Mengetahui segala yang tersembunyi dan sebaik Pengawal dan sebaik Penolong.

 

Wassalam.

ABU BAKAR HAMZAH

 


GARIS-GARIS DASAR YANG AKAN DIPERJUANGKAN OLEH PAS MELALUI KERAJAAN CAMPURAN MENGIKUT PERSETUJUAN YANG TELAH DICAPAI OLEH KEDUA-DUA PIHAK.

 

  1. PAS melalui kerajaan campuran PERIKATAN-PAS, berazam membentuk Negara Malaysia ini menjadi sebuah negeri yang aman dan damai, yang harmonis, yang mempunyai nilai-nilai moral dan kerohanian, dengan demikian pembangunan rohani rakyat hendaklah digembelingkan bersamaan dengan usaha pembangunan lahir yang sedang berjalan dengan pesatnya sekarang sesuai dengan Islam sebagai Ugama Negara serta prinsip-prinsip Rukun Negara, maka nilai-nilai Ketuhanan akan menjadi teras dalam usaha-usaha pembangunan dan kemajuan Negara.
  2. Dalam menuju kesempurnaan prinsip itu maka PAS dengan kerajaan campuran yang diujudkan itu memberikan nilai-nilai Islam ke dalam perundangan dan perlembagaan Negara.
  3. PAS, dengan Kerajaan Campuran itu, bersama melaksanakan dasar ekonomi baru dengan bersungguh-sungguh, jujur dan tidak pilih kasih sehingga cita-cita mengujudkan perseimbangan sosial dan ekonomi dan yang berada dengan yang tidak berada di Negara ini dan cita-cita melenyapkan kemiskinan di kalangan rakyat itu mencapai kejayaan yang cemerlang.
  4. PAS dengan Kerajaan Campuran itu, berazam mengujudkan kebudayaan yang berteraskan kebudayaan Melayu yang tidak berlawanan dengan Islam dalam segala bidang.
  5. PAS, dengan Kerajaan Campuran itu, berazam memelihara keselamatan Negara dan menghapuskan sebarang ancaman baik dari dalam mau pun dari luar dan untuk ini pertahanan Negara akan diperkemaskan dan diperbesarkkan sesuai dengan cita-cita untuk mengujudkan kemampuan nasional di bidang pertahanan.
  6. PAS, dengan Kerajaan Campuran itu, berazam meneruskan dasar luar yang bebas dan aktif dan akan terus memperjuang konsep pengkecualian Negara-negara Asia Tenggara bagi menjamin keamanan di rantau ini. Dan disamping itu akan berusaha mengeratkan lagi hubungan dengan Negara-negara sahabat terutama Negara-negara Islam.

 

PEJABAT AGUNG,

PERSATUAN ISLAM SE TANAH MELAYU (PAS),

300-6B JALAN PEKELILING,

KUALA LUMPUR.

20hb. Disember, 1972

14hb. Zulqa’adah, 1392

 

 

 

 

 

 

 

 

 


BUTIR-BUTIR PERSETUJUAN YANG TELAH DICAPAI DI DALAM PERUNDINGAN PAS-PERIKATAN YANG AKAN DITANDATANGANI OLEH KEDUA-DUA PIHAK APABILA KERAJAAN CAMPURAN DIUJUDKAN

 

  1. Sebuah kementerian akan diberikan kepada PAS, iaitu Kementerian Kemajuan Tanah dan Tugas-tugas Khas yang akan bertanggungjawab dalam hal ehwal tanah, pembukaan dan kemajuannya, dan juga perkara-perkara yang lain yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri dari satu masa ke satu masa.
  2. Menteri yang tersebut di atas akan dilantik dengan persetujuan Raja-Raja menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.
  3. Jawatan-jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Setiausaha Politik dan sebagainya bolehlah dipenuhi setelah menteri berkenaan berunding dan mendapat persetujuan Perdana Menteri.
  4. Perdana Menteri akan menimbang calon-caln yang ditunjukan Oleh PAS bagi menjadi Anggota Dewan Negara bila ada kekosongan.
  5. Perdana Menteri akan menimbang pemimpin-pemimpin PAS yang layak untuk menyertai rombongan rasmi ke luar negeri dan jawatan-jawatan perkhidmatan di luar negeri yang difikirkan sesuai dan menasabah.
  6. Kerajaan akan menimbang mana-mana ahli PAS yang difikirkan sesuai untuk mengambil bahagian dalam jawatankuasa lembaga, dan perbadanan-perbadanan bagi pertimbangan Perdana Menteri.
  7. Dua orang Anggota Dewan Negeri Kelantan dari Partai Perikatan yang ditunjukkan Oleh partainya akan dilantik menjadi EXCO Negeri.
  8. Dua orang Anggota Dewan-dewan Negeri Kedah dan Terengganu dari parti PAS dari tiap-tiap negeri itu yang ditunjukkan oleh partainya akan dilantik menjadi ahli-ahli EXCO negerinya masing-masing.
  9. Selama Kerajaan Campuran Perikatan-PAS itu ujud hendaklah tiada ada sebarang pertandingan antara PAS dan Perikatan di dalam pilihanraya kecil di dalam kawasan masing-masing kecuali kawasan di mana telah dimenangi Oleh partai yang lain maka perundingan hendaklah diadakan terlebih dahulu.
  1. Begitu juga kawasan-kawasan pilihanraya yang dimenangi Oleh PAS di dalam pilihanraya umum, 1969 yang kemudiannya ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan terhenti daripada menjadi ahli PAS, maka sekiranya berlaku pilihanraya kecil dalam kawasan pilihanraya tersebut, maka satu perundingan hendaklah diadakan; jika sebarang persetujuan tidak tercapai dalam perundingan itu maka pertandingan seperti biasa bolehlah diadakan.
  2. Hendaklah tidak ada sebarang ikatan atau perjanjian untuk menghadapi sebarang pilihanraya umum yang akan datang. Segala sesuatu akan dibincangkan kelak apabila tiba waktunya.
  3. Kebebasan anggota-anggota PAS dalam Kabinet Pusat, EXCO Negeri, Parlimen dan majlis Undangan Negeri untuk membangkang cadangan atau undang yang berlawanan dengan Islam hendaklah terjamin.
  4. Sebuah Jawatankuasa Penyelaras hendaklah ditubuhkan dengan anggota-anggota di antara PAS dengan Perikatan.

 

PEJABAT AGUNG,

PERSATUAN ISLAM SE TANAH MELAYU (PAS),

300-6B JALAN PEKELILING, KUALA LUMPUR.

20hb. Disember, 1972

14hb. Zulqa’adah, 1392

 

 

Semua lembaran-lembaran sejarah tersebut menunjukkan bagaimana kesungguhan PAS untuk melakukan islah dan penambahbaikan pengurusan negara bersama-sama dengan PERIKATAN (UMNO).

 

Dari itu, tohmahan mengatakan PAS Khawarij, Muktazilah, ta’asub dan pelbagai tohmahan lagi terjawab dengan semua dokumen-dokumen tersebut.

 

Persoalannya kenapa PAS sekarang tidak mahu berkerjasama dengan UMNO lagi?

 

Sila ikuti rangkuman sejarah seterusnya.

 

‘KERJASAMA’ ANWAR DI ZAMAN TUN DR MAHATHIR

 

Barangkali ada yang akan berkata, “Ala, itu zaman dulu. UMNO dah berubah dah sekarang. Mereka amat terbuka. Kita kena la bersatu dan mengubah UMNO agar kembali ke landasannya. Kalau asyik dok memekik kat luar jer, bila diorang akan berubah”.

 

Itu antara rumusan pandangan rakyat kebanyakan apabila pimpinan UMNO mula melaung-laungkan kembali slogan kerjasama UMNO-PAS adalah untuk kesejahteraan Islam dan rakyat.

 

“Ala, itu zaman Tun Abdul Razak, bukan zaman anaknya Najib”.

 

BELAJARLAH DARI SEJARAH

 

Seorang suami sekiranya sudah menceraikan isteri dengan talak satu, dia masih berbaki dua talak. Sekiranya setelah itu bercerai lagi, maka berbaki satu talak yang terakhir. Sekiranya si suami itu tidak belajar dari kesilapan lampaunya iaitu mudah sangat melafazkan talak, maka perceraiannya yang kali ketiga ini hanya akan memusnahkan kedamaian rumahtangga mereka.

 

Sekiranya ditipu sekali, barangkali untuk kali kedua boleh dipertimbangkan untuk bersama. Namun, sekiranya ditipu kali kedua dengan cara yang sama dari organisasi yang sama, dan sekiranya orang yang ditipu ialah anda adakah anda boleh mempertimbangkan untuk bersamanya buat kali ketiga?

 

“Tapi, PAS baru sekali kena tipu, jadi maknanya bolehlah untuk mempertimbangknnya lagi?’’ tanya seorang sahabat.

 

Tidak, bukan sekali.

 

Cuba amati sejarah, tidak cukup dengan PAS menyertai Perikatan pada tahun 70-an dengan tujuan menerapkan nilai Islam ke dalam UMNO, Saudara Anwar Ibrahim juga membuat keputusan untuk masuk ke dalam UMNO pada tahun 80-an dengan tujuan yang sama.

 

Perkara ini disebutkan sendiri oleh beliau semasa Forum Pengkisahan Semula Angkatan Belia Islam (ABIM) bertempat di Universiti Selangor (UNISEL) di Shah Alam pada tarikh 14 Mei 2011. Beliau menyebut:

Penyertaannya ke dalam UMNO pada masa itu bukan bertujuan “mengukuhkan amalan fitnah, penindasan dan rasuah”.

Sebaliknya, tambah Anwar, bagi menerapkan nilai-nilai Islam dalam pemerintahan.[23]

 

Nah, ini sudah kali kedua pendokong Islam menyertai UMNO untuk mengislamisasikannya. Apa terjadi? Akhirnya juga ditendang dengan penuh kehinaan.

 

PAS ingin mengislamisasikan UMNO pada tahun 70-an= ditendang.

 

Saudara Anwar ingin mengislamisasikan UMNO pada 80-an= ditendang.

 

Adakah mahu mengulangi kesilapan yang sama?

 

Andai anda berada di situasi ini, ingatilah pesan Baginda SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bukhari:

لا يلدغ المؤمن من جحر واحد مرتين

“Tidak boleh bagi seorang mukmin itu mengulangi kesilapan yang sama dua kali”

 

PAS masih ingin bersama dengan UMNO?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KENAPA PAS MELAWAN UMNO

 

Agar melihat isu ini dengan adil, penulis merujuk semua kenyataan-kenyataan pimpinan parti dari laporan berita parti masing-masing atau akhbar yang cenderung kepada parti tersebut.

 

Bahagian ini penting untuk menjelaskan tujuan kedua-dua parti yang saling ‘bercakaran’ semenjak lama mengikut persepsi parti masing-masing atau tokoh-tokoh dari parti tersebut.

 

Ini tidak bermakna penulis bersetuju dengan semua kenyataan ini. Penulis nukilkan keseluruhan kenyataan pimpinan kedua-dua parti dengan amanah agar para pembaca dapat menilai antara mereka, yang mana lebih syar’ie tujuan mereka melawan parti musuh.

 

Pada bahagian ini pembaca akan menilai:

 

  1. Kenapa PAS melawan UMNO
  2. Kenapa UMNO melawan PAS.

Penulis akan mulakan dahulu sebab-musabab PAS menentang UMNO.

 

  1. 1.      Dasar UMNO mendahulukan kebangsaan berbanding Islam

Ini boleh dilihat dalam kenyataan yang dibuat oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Harakah[24]:

“Sekiranya UMNO menukar dasarnya dengan persetujuan daripada cawangan dan negeri-negeri kepada Islam maka PAS akan menyokong.

“Tidak ada sebab kita hendak melawan dasar dan perjuangan Islam. Kami melawan sekarang kerana UMNO membawa jalan sesat,”

Beliau juga berkata, UMNOlah punca kekalutan dalam politik di negara ini kerana mereka hanya mementingkan bangsa, sedangkan Islam milik sejagat.[25]

“Kita tetap akan menentang UMNO, tak kira siapa pun calonnya, sebab kita menentang dasar perjuangan yang dibawa dan bukannya individu tertentu,”[26]

 

  1. 2.      Menipu rakan seperjanjian

Hal ini boleh dilihat dari kenyataan ramai pimpinan PAS, antaranya:

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS

PAS sudah hilang keyakinan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana penipuan yang dilakukan semasa PAS berada dalam kerajaan Perikatan pada 1974.

“Saya sudah tidak percaya kepada keikhlasan mereka yang pernah menipu PAS. Mereka pernah menendang PAS keluar daripada kerajaan Perikatan pada 1978.”

“Oleh itu sekiranya berlaku lagi kerajaan perpaduan di antara PAS dan UMNO, apa jaminan UMNO tidak akan menendang kami keluar lagi?”[27]

“UMNO sekarang sudah tidak ada maruah. Nak minta bekerjasama dengan orang PAS). “(Tetapi) waktu kamu gagah dahulu kamu tendang aku (PAS) (keluar daripada Kerajaan Pusat). Saya ingat perkara itu,” tegasnya sambil mengingatkan bahawa PAS menyertai Kerajaan Pusat ketika itu dengan jemputan daripada Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri.[28]

 

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang juga pernah mengeluarkan kenyataan yang hampir semaksud ketika menjawab soalan peserta Majlis Makan Malam anjuran Dewan Muslimat PAS Pusat pada 17 Mac di Shah Alam Covention Centre (SACC) sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Harakah dengan mengatakan:

 

“Kita berusaha melaksanakan Islam dalam pentadbiran dan berjaya membuat banyak perkara juga tetapi apabila kita mahu laksana Islam lebih jauh, pergeseran berlaku.
“Hasilnya PAS ditendang keluar dari BN,”[29]

 

  1. 3.         Tidak amanah

Hal ini boleh dilihat dari kenyataan ramai pimpinan PAS, antaranya:

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul ‘Am PAS

Tindakan parti lain di peringkat Pusat yang menghalang Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dari mendapat kemudahan daripada Kerajaan Pusat itu adalah tidak menurut Perlembagaan.

“Tidak terdapat dalam Perlembagaan dan tidak terfikir pada akal fikiran manusia bahawa negeri Kerajaan Pakatan Rakyat dihalang oleh parti lain di Pusat dari mendapat kemudahan sepatutnya.

“Kenapa peruntukan Kerajaan Persekutuan tidak diberi terus kepada Kerajaan Negeri sebagaimana dilakukan Kerajaan Pusat ketika Kelantan diperintah UMNO dahulu. Kenapa kini ditubuhkan JPP?

“Apa kata kalau parti lain (Kerajaan Pakatan Rakyat) menguasai Pusat lalu menubuhkan juga JPP di negeri yang di perintah UMNO, apa perasaan mereka,”[30]

 

  1. 4.         Memisahkan politik daripada agama

Hal ini boleh dilihat dari kenyataan ramai pimpinan PAS, antaranya:

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS

Beliau turut mempersoal tindakan UMNO BN yang memisahkan sistem pentadbiran dengan agama dengan beranggapan agama dan politik adalah perkara berbeza.
Sedangkan kata beliau, sejak zaman Nabi Muhammad lagi, baginda sudah mentadbir urusan politik selari dengan agama Islam termasuk mengadakan beberapa perjanjian dengan orang bukan Islam.

“Islam ialah agama yang dibawa Nabi Muhammad, dan Nabi Muhammad sendiri ahli politik.

“UMNO sebut agama lain, politik lain. Saya nak tanya UMNO, kalau agama lain politik lain, siapa yang jaga politik ketika zaman Nabi Muhammad selama 23 tahun. Bukan British, bukan Amerika yang jaga politik di Makkah dan Madinah zaman nabi dulu.

“Semua nabi yang uruskan, mengadakan perjanjian dengan Yahudi dan sebagainya. Ini menunjukkan nabi juga urus politik dalam masa yang sama pemimpin Islam.
“Islam tidak boleh tidak mesti bersama dengan politik.”[31]

 

Bahkan, beliau juga membuat pengumuman sekiranya UMNO melaksanakan al-Quran dan Hadis, PAS tidak akan lagi menentang UMNO.

Hal ini boleh dilihat dalam banyak kenyataan beliau sebagaimana yang dilaporkan oleh BERNAMA bertarikh 19 April 1997[32], 7 Julai 1999[33] dan 6 Mei 2008[34]:

PAS tidak perlu wujud lagi sekiranya UMNO menukar dasar daripada sekular kepada yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis sebagaimana yang diamalkan PAS sekarang. Beliau berkata PAS menentang UMNO sehingga sekarang adalah kerana dasar sekularnya yang menolak Al-Quran dan Hadis.

Pada 6 Mei 2012, sekali lagi Tuan Guru memberikan respon yang memberikan maksud yang sama. Sebagaimana yang dilaporkan oleh malaysiakini.com[35], beliau berkata:

“Kalau UMNO nak bersatu (dengan PAS), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam.

 

  1. 5.      UMNO melakukan penyelewengan dan kezaliman

Hal ini boleh dilihat dari kenyataan pimpinan PAS antaranya

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang:

Kita masuk PRU lawan penyelewengan, kita akan lawan penipuan, UMNO siap kita akan lawan sampai lepas pilihan raya.

“Dalam keadaan ini kita tegas menjulang demokrasi dan dalam masa sama kita mengajak rakyat bersama menentang penipuan seperti Himpunan Bersih baru-baru ini PAS telah berjaya mengumpulkan rakyat ratusan ribu ini menakutkan Barisan Nasional,”[36]

 

Pada 4 Disember 2011, Tuan Guru Haji Hadi Awang menyebut di Stadium Malawati, Shah Alam sewaktu Majlis Rapat Rakyat bahawasanya kerjasama antara PAS dan DAP adalah di atas titik kesamaan antara dua parti tersebut.

Kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP dibuat atas dasar bersama mahu membawa keadilan dan menentang kezaliman. Ianya juga atas dasar mahu membina hubungan antara kaum yang lebih kuat yang gagal dibuat UMNO BN sepanjang lebih lima dekad merdeka.[37]

 

Selain itu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika menjawab soalan salah seorang peserta Majlis Makan Malam anjuran Dewan Muslimat PAS Pusat pada 17 Mac di Shah Alam Covention Centre sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Harakah mengatakan:

“Apabila PAS memerintah Kelantan, kerajaan pusat telah melambat-lambatkan capitation grant kepada kerajaan negeri Kelantan dengan satu alasan sahaja iaitu mendera PAS.

“Apabila PAS menang di Terengganu, atas desakan perwakilan di mesyuarat agung UMNO, kerajaan pusat telah merampas royalti minyak yang menjadi hak rakyat Terengganu.

“Apakah kerajaan Kelantan dan Terengganu ini Cina ke India… bukankah ini kerajaan Melayu jika mereka kata nak bersatu atas nama Melayu.

“Semasa kerajaan Sabah dimenangi oleh PBS pun, kerajaan pusat tidak menyekat royalti minyak kepada Sabah,”[38]

 

  1. Menyalahgunakan kuasa

Hal ini boleh dilihat dalam satu kenyataan yang telah dibuat oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Dzaiddin Abdullah dalam ucapan dasarnya di Memorial Tunku Abdul Rahman sebagaimana yang dilaporkan oleh the Malaysian insider bertarikh 11 Febuari 2012:

The courts have become subservient to politicians in the executive arm of government today because of Tun Dr Mahathir Mohamad.

The retired judge highlighted the amendment to Article 121 of the Federal Constitution, made during Dr Mahathir’s administration in the 1980s, which effectively clipped the judiciary’s wings for over two decades.

“As a result of the amendment, the judicial powers of the courts were removed and they have only such judicial powers as Parliament gives, Parliament is more superior than what the judiciary was.”

“This alters in my view in a very fundamental manner the basic structure of the Federal Constitution, from the concept of the independence of the judiciary to dependence of the judiciary on the executive for its judicial powers.”

“The judiciary should be completely independent both of the executive and the legislature,” In 1988, then Lord President Tun Mohamed Salleh Abas was sacked by then-Prime Minister Dr Mahathir.

Mohd Dzaiddin said the incident was due to clashes in opinions between Dr Mahathir and Salleh over the roles of the two arms of government.[39]

 

Dua hari berikutnya iaitu pada 13 Febuari 2012 seorang Menteri di zaman Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO sebagaimana dilaporkan oleh The Malay Mail menyebut:

The Malaysian judicial system was subservient to political powers during the tenure of former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir was involved in almost every aspect of the judiciary.

Nazri agreed with former Chief Justice Tun Dzaiddin Abdullah, who on Saturday had said that the judiciary in Malaysia was “cowed” due to hands-on measures by Dr Mahathir.[40]

 

Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir menafikannya dalam laporan yang dikeluarkan oleh The Star bertarikh 14 Febuari 2012 dengan mengatakan:

Tun Dr Mahathir Mohamad has refuted allegations that he had “cowed” the judiciary during his premiership. “This is fitnah (slander) but I won’t sue them because it’s a worthless exercise; but that is to be expected of those kinds of people,”

Nazri is … you know, he never likes me. Let him be. It doesn’t hurt me. “Let dogs bark but mountains don’t crumble, the “baseless accusations were a result of frustrations”.

“I thought a judge should know that there are no such provisions, especially with a judge who was appointed during my time. “If I had such a provision, I would have changed a number of people, but I don’t have such an authority.[41]

 

 

KENAPA UMNO MELAWAN PAS

 

  1. Kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri PAS

Hal ini boleh dilihat daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan Kedua (ketika itu) yang juga merupakan Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Mustapa Mohamed sebagaimana dilaporkan oleh BERNAMA ketika merasmikan Gerak Gempur Pemuda UMNO Jeli Menawan Kelantan pada 16 September 1999

Anggota UMNO perlu bekerja keras bagi menyedarkan rakyat Kelantan berhubung kelemahan pentadbiran PAS yang gagal melaksanakan pembangunan sejak memerintah pada 1990. [42]

 

Selain itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah juga senada dengan kenyataan di atas. Beliau dilaporkan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keistimewaan rangsangan ekonomi menerusi Pakej Strategi Baru yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed dan masa depan rakyat Kelantan pada 26 Mei 2003:

Kelantan tidak akan dapat menikmati rangsangan ekonomi menerusi Pakej Strategi Baru diumumkan kerajaan Rabu lalu, jika rakyat negeri ini terus dikongkong dengan belenggu kemunduran berikutan dasar ketat kerajaan Pas menarik pelabur.

Ini kerana sudah berulang kali kerajaan mengambil langkah mengumumkan pelbagai pakej istimewa bagi meningkatkan daya saing dalam pelbagai bidang, namun Kerajaan Pas Kelantan terus membisu dalam pelaksanaan sesuatu perubahan.[43]

 

Selain itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Pendidikan (ketika itu) sebagaimana dilaporkan oleh BERNAMA bertarikh 28 Jun 1999 berkata:

Kemiskinan yang masih membelenggu penduduk Tumpat, Bachok dan Kota Bharu itu secara tidak langsung membuktikan Pas tidak mampu menyaingi pencapaian cemerlang kempen membasmi kemiskinan yang dipraktikkan BN di negeri-negeri lain.

”BN boleh berbangga dengan pencapaiannya membendung daripada menularnya gejala itu”[44]

 

  1. UMNO memperjuangkan dasar liberal

Hal ini boleh dilihat dari kenyataan Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan (ketika itu) Datuk Zainuddin Maidin sebagaimana yang dilaporkan oleh BERNAMA bertarikh 19 September 2002:

Beliau berkata tindakan PAS itu (iaitu tindakan kerajaan Kelantan mengharamkan artis wanita membuat persembahan di negeri itu) akan membolehkan orang ramai melihat antara dasar kerajaan Barisan Nasional yang liberal dan dasar masa depan sebuah kerajaan Islam yang dikuasai PAS.[45]

 

  1. UMNO memperjuangkan Islam sebenar dan PAS menyeleweng dari ajaran islam

Hal ini para pembaca boleh dapati pada kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia (ketika itu) Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad ketika memberikan ucapan dalam Perhimpunan Agung UMNO pada tarikh 22 Jun 2003 sebagaimana dilaporkan oleh akhbar BERNAMA:

Anggota UMNO tidak harus merasa rendah diri untuk menentang Pas kerana UMNO memperjuangkan Islam yang sebenar.

UMNO perlu menolak Pas kerana perjuangannya telah lari daripada ajaran Islam.

“Kita tidak merasa bersalah menolak hukum hudud Pas kerana ia merupakan hudud Pas, bukan Islam.”

Setakat ini belum pernah dibangkitkan dalam perbincangan mana-mana badan rasmi agama di Malaysia tentang kesesatan PAS. Andai benar PAS menyeleweng daripada ajaran Islam, pasti kerajaan yang dipimpin oleh UMNO dan BN boleh menyambil tindakan terhadap PAS.

 

  1. Perjuangan PAS boleh merosakkan negara

Hal ini boleh dilihat dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Pengerusi BN Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed selepas menyaksikan majlis menandatangani surat persefahaman antara kerajaan Malaysia dan Sepanyol pada 11 November 1999 sebagaimana dilaporkan oleh BERNAMA:

Politik PAS boleh menghancurkan umat Islam, perpaduan orang Melayu dan merosakkan negara.[46]

 

RUMUSAN

 

Menurut UMNO, tujuan mereka menentang PAS kerana:

 

  1. Kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri PAS
  2. UMNO memperjuangkan dasar liberal
  3. UMNO memperjuangkan Islam sebenar dan PAS menyeleweng dari ajaran Islam
  4. Perjuangan PAS boleh merosakkan negara

Manakala menurut PAS, tujuan mereka menentang UMNO adalah kerana:

 

  1. Dasar UMNO mendahulukan kebangsaan berbanding Islam
  2. Menipu rakan seperjanjian
  3. Tidak amanah
  4. Memisahkan politik daripada agama
  5. UMNO melakukan penyelewengan dan kezaliman
  6. Menyalahgunakan kuasa

 

Nah,setelah membuat semua perbandingan di atas, penulis dapati tujuan PAS menentang UMNO amatlah tepat mengikut landasan agama berbanding tujuan UMNO menentang PAS.

 

Tujuan dan niat di sebalik slogan “Melayu sepakat Islam berdaulat” itu hanya retorika UMNO untuk mendapat political mileage dari kalangan pengundi Melayu.

 

Penulis tidak katakan PAS tidak boleh bekerjasama dengan UMNO sampai kiamat. Hakikatnya, penulis sependapat dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, andai UMNO sudah mula mendekati dan meletakkan Islam sebagai dasar, ketika itu sewajarnyalah PAS membantu mereka.

 

Dalam tempoh sekarang, lebih molek pada hemat penulis UMNO kembali kepada fitrah beragama dengan bergabung dengan PAS.

 

Sudah-sudahlah politiking tu.

 

Kembalilah kepada fitrah beragama.

 

Semoga impian itu akan terlaksana jua, Insyaallah.

 

 

 

 


[1] http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=131924&tid=93&cid=3 yang kemudiannya mendapat respon baik daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagaimana dilaporkan oleh Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) bertarikh 13 Julai 2010.  Sila rujuk http://bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=513188

[6]     Ibid.

[15]    Kesemua isi kandungan dokumen lama ini diambil dari buku Parti PAS dengan Tahaluf Siasinya oleh Abu Bakar Hamzah, JP

[16]    lalu

[17]    Tuhan

[18]    Maslahah umum

[19]    Situasi-situasi tertentu

[20]    Surah an-Nahl: 125

[21]    Dia

[22]    Aali Imran: 15. Sebenarnya ayat ini adalah daripada Surah al-Isra’: 15

[23]    http://www.malaysiakini.com/news/164140

[24]    http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id= 21916:umno-kini-tiada-maruah-dulu-tendang-kami-keluar-nik-aziz&catid=1:utama&Itemid=50

[26]    http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id= 28961:siapa-pun-calon-umno-pas-tetap-lawan-nik-aziz&catid=1:utama&Itemid=50

[28]    http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id= 21916:umno-kini-tiada-maruah-dulu-tendang-kami-keluar-nik-aziz&catid=1:utama&Itemid=50

[30]    http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id= 21916:umno-kini-tiada-maruah-dulu-tendang-kami-keluar-nikaziz&catid=1:utama &Itemid=50

[31]    http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3521-letih-sekadar-nak-lawan-umno-boleh-sangatlah

[32]    http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=226344&tid=40&cid=3

[33]    http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=44753&tid=55&cid=2

[34]    http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=52437&tid=79&cid=3

[36]    http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id= 11450:pas-tetap-lawan-penyelewengan-umno-walau-lepas-pilihan-raya&catid=1:utama &Itemid=50

[37]    http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=358: biarlah-pas-diperkuda-dari-umno-diperlembu&catid=1:berita&Itemid=106

[39] http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/judiciary-now-cowed-due-to-dr-m-says-ex-cj

[40]    http://www.mmail.com.my/story/%E2%80%98clipped%E2%80%99-judiciary

[41]    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/2/14/nation/10730031&sec=nation

[42]    http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=51082&tid=55&cid=2

[43]    http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=78396&tid=46&cid=3

[45]    http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=73276&tid=58&cid=2

6 thoughts on “KERJASAMA PAS DAN UMNO: BIAR SEJARAH MENJADI HAKIM

  1. unGu

    Saya tidak bersetuju 100 % tentang perkara di atas kerana Slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat” bukan di utarakan oleh Pihak UMNO. Anta kaji tak abis nih.

    Tidak semua yang tidak bersetuju dengan PR atau PAS itu UMNO. Kena faham tuh.

    Ada ja Persatuan yang sedar akan kepentingan Islam melalui wasilah Nasionalis. Wasilah dan bukannya Matlamat. Slogan “Melayu sepakat Islam berdaulat” tidak juga semestinya memberikan jalan supaya PAS atau UMNO bersatu tapi parti-parti Melayu Islam ini sepakat mempertahankan Islam. Musuh sebenar adalah Kafir Harbi dan dari dulu lagi sirah mengisarkan kita untuk menentang kafir harbi dan bukannya sesama Islam.

    Yakinkan saya bahawasanya semua UMNO itu zalim/liberal , yakinkan saya semua PAS itu ASWJ dan tiada syiah di dalamnya, Yakinkan saya perjuangan DAP itu ingin mengembalikan Islam pada rakyat Malaysia. Yakinkan saya PKR itu tidak membawa agenda Liberal. Yakinkan saya PKR itu tiada yang liberal/syiah.

    Ingat. Perjuangan kita perjuangan akidah. Sedang MCA dan DAP pernah sepakat bhwsanya Kalimah Allah boleh digunakan di kitab bible, kenapa kita tidak boleh sepakat untuk mempertahankan Islam? bukankah kita Islam?

      

    Reply
  2. ridhauddin Post author

    Akhi Ungu,

    1. Slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat”

    Anda harus membaca konteks, bukan hanya teksnya. Andai anda membaca konteks semua kenyataan pimpinan UMNO, anda akan bersetuju. Andai hanya mencari teks bagi slogan tersebut, anda akan berjumpa dengan organisasi lain. Anda juga harus membaca dan mengetahui hukum tersurat dan tersirat (mafhum muwafaqah, mafhum mukhalafah), barulah anda akan faham maksud saya di atas.

    2.Tidak semua yang tidak bersetuju dengan PR atau PAS itu UMNO

    terima kasih dan saya bersetuju. Anda juga harus membaca artikel ini bersealiran dengan TAJUKNYA. Jangan diserakkan pemahaman dan isi pembacaan.

    3. Musuh sebenar adalah Kafir Harbi dan dari dulu lagi sirah mengisarkan kita untuk menentang kafir harbi dan bukannya sesama Islam.

    Saya mencadangkan agar anda membaca beberapa buah buku antaranya Islam di Asia Barat Moden karangan Dr Fadhlullah Jamil dan Sultan Abdul Hamid 2 tesis PHD oleh Dr Eeman Abbas. Anda akan dapati musuh Islam tidak lagi menentang berhadapan, tetapi mengunakan nama Islam. Baca dulu ye.
    Selain Israel, namakan siapa lagi Kafir Harbi zaman sekarang?

    4. Yakinkan saya bahawasanya semua UMNO itu zalim/liberal , yakinkan saya semua PAS itu ASWJ dan tiada syiah di dalamnya…..

    Saudara jangan memakrokan perbincangan mikro…. itu akan menjadikan perbincangan tidak berobjektif. Halakan perbahasan kepada isu tahalluf sahaja. Hukum kulliyyah jangan dilihat secara juz’iyyah.

    5.Sedang MCA dan DAP pernah sepakat bhwsanya Kalimah Allah boleh digunakan di kitab bible…

    Isu ini saudara boleh membaca dalam artikel saya sebelum ini. Ia adalah furu’ aqidah. Silakan sahaja untuk membenarkan atau melarang selagi mempunyai dalil konkrit.

    harapnya persoalan saudara terjawab

      

    Reply
  3. unGu

    “Isu ini saudara boleh membaca dalam artikel saya sebelum ini. Ia adalah furu’ aqidah. ” <— bab akidah takdak furuq. hanya ada hitam atau putih. sebab aqidah adalah asas kepada islam.

    ini 30 soalan MSIB untuk tatapan dan kajian saudara.

    http://www.scribd.com/doc/122740480/30-Soal-Jawab-Melayu-Sepakat-Islam-Berdaulat-MSIB-Ust-Abdullah-Zaik-Presiden-ISMA

    http://youtu.be/9Y75Ek96i2U

    Bukan saya tidak bersetuju dengan pendapat saudara 100%. saya cuma nak clearkan slogan MSIB, tuhja.

    BTW. salam ukhuwwah.

      

    Reply
    1. ridhauddin Post author

      Terima kasih saudara unGu atas pandangan.

      Berkenaan usul aqidah dan furu’ ‘aqidah saudara boleh membaca kitab فصول في العقيدة بين السلف والخلف karangan Yusuf Qaradawi (saya mencadangkan kitab ini kerana mudah untuk akses di Malaysia).
      Kitab ini memperincikan maksud saya itu. Diharap saudara boleh menghadhamnya dalam membezakan perkara ini.

      Terima kasih atas kesudian berbincang.

        

      Reply
  4. Nuruddin

    Menarik penjelasan Ustaz dan juga sandaran berserta sumber-sumber rujukan. Bila bicara tentang konteks dan teks masih ada lagi yang samar dan tidak jelas, bahkan yakin berjuang dalam kesamaran dan kekaburan itu. Perjalanan masih jauh, semoga jalan kita dipermudah dan perlu lebih banyak membaca dan mengkaji lagi. Artikel ini merangsang untuk terus membaca dan menyebarkan kefahaman yang benar kepada masyarakat. Semoga ramai membacanya dan mendapat manfaat.

      

    Reply
  5. anon

    ingin skali melihat apa yg terjadi apabila PR memerintah..adakah berlaku seperti yang kita inginkan atau sebaliknya..

      

    Reply

Leave a Reply

Or

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge